Muzik tradisional Muzik_Malaysia

Rencana utama: Muzik tradisional

Muzik Malaysia banyak dipengaruhi bentuk muzik negara jirannya iaitu Indonesia dan Thailand, dan juga dipengaruhi oleh gaya muzik negara jauh seperti Portugis, Filipina dan China (Munan, 175).

Kaum peribumi Semenanjung Tanah Melayu bermain dalam ensembel kecil digelar kertok, iaitu sebentuk muzik gamelan yang cepat dan berirama. Ghazal dari Tanah Arab amat laris di pasaran muzik Kuala Lumpur dan Johor, melahirkan bintang tekrenal seperti Kamariah Noor.

Di Melaka, ronggeng merupakan jenis muzik tradisional yang paling laris dimainkan, dan didendangkan dengan alunan biola, gendang, akordion dan gong.

Muzik dan tarian zapin dari Arab juga laris di seluruh Malaysia. Zapin lazimnya diserikan oleh gambus dan beberapa buah gendang.

Dondang sayang pula perlahan dan bersungguh-sungguh dendangannya dengan campuran pengaruh dari China, India, Arab dan Portugal serta unsur tradisi.